Ketua Menteri Luluskan RM5 juta Untuk Gereja dan Dewan di Limbahau

Ketua Menteri Luluskan RM5 juta Untuk Gereja dan Dewan di Limbahau

0
SHARE

LPAPAR: Chief Minister Datuk SeriHajiji Noor memberi kegembiraan kepada orang di sini apabila beliau meluluskan sejumlah RM5 juta untuk Gereja St Joseph dan Dewan serbaguna Kampung Marahang di Limbahau di sini, semalam.

Berucap pada Pesta Kaamatan Papar di Kampung Marahang, Ketua Menteri berkata beliau meluluskan permintaan ADUN Limbahau Datuk Juil Nautim untuk membina sebuah bangunan baharu dewan untuk Gereja St Joseph.

Beliau turut meluluskan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf infrastruktur di sekitar Dewan serbaguna Kampung Marahang.

Ketua Menteri, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata beliau bersetuju memperuntukkan sebahagian daripada tanah milik Yayasan Sabah untuk penduduk di Kampung Gana dan sekitarnya.

“Ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Sabah. Kami adil kepada rakyat Sabah. Kami bukan mencari pujian diri tetapi buktinya semua ada untuk dilihat oleh semua orang.

“Kami membawa pembangunan bukan sahaja untuk segmen rakyat tertentu tetapi untuk semua orang tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin pembangunan masyarakat (PPM) untuk maklumkan kepada rakyat di peringkat akar umbi apa yang kerajaan telah lakukan.

Salam pada itu, Hajiji berkata, Pesta Kaamatan adalah platform untuk rakyat memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Sabah.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Adun Kawang merangkap Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar.