KDNK Tidak Boleh Dijadikan Indikator Sukat Kecekapan Urustadbir Kerajaan – Dr Ramzah...

KDNK Tidak Boleh Dijadikan Indikator Sukat Kecekapan Urustadbir Kerajaan – Dr Ramzah Sekolahkan Khairuddin

0
SHARE

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐ˆ๐‘๐Ž ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐๐”๐’๐€๐“ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ โ€” ๐๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐ˆ๐ƒ๐’

๐—ž๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ฟ๐—ฎ. ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜‚๐—ฑ:

โ€œBerdasarkan KDNK, Dr Ramzah sendiri mengakui bahawa pencapaian tertinggi KDNK Sabah adalah pada 2019 dengan RM85.6 bilion ketika Warisan mentadbir. Namun sehingga kini, GRS+PH gagal mengatasi rekod tersebut. Apa gunanya slogan โ€œpemulihan ekonomiโ€ jika angka prestasi terbaik masih dari zaman Warisan?โ€

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น:

Dari segi ekonomi, KDNK (GDP) merupakan satu petunjuk pertumbuhan ekonomi kasar. Ia hanya mengukur jumlah keseluruhan aktiviti ekonomi dalam negeri i.e output barangan dan perkhidmatan. Tetapi KDNK tidak mengambil kira siapa yang menikmati kekayaan, iaitu soal keadilan agihan. Sebab itu saya juga memetik statistik penurunan jurang disparity Sabah yang menunjukkan agihan ekonomi lebih seimbang. Pada tahun 2019, indeks ini berada pada tahap 0.396. Menjelang tahun 2022, ia telah menurun kepada 0.390.

KDNK juga tidak boleh dijadikan indikator untuk menyukat kecekapan urustadbir kerajaan. Kenapa? Sebab KDNK tidak mencerminkan prestasi fiskal negeri secara langsung. Sebahagian besar KDNK disumbang oleh sektor swasta dan rangkaian ekonomi dari ekosistem federal. Bukan semestinya dipacu oleh kecekapan polisi dan strategi negeri.

Sebab itu saya kata, kutipan hasil dan tabung simpanan negeri (reserve) adalah pengukur prestasi kerajaan negeri yang lebih absah dan tepat.

Kenapa? Sebab keupayaan kerajaan negeri menjana pendapatan tinggi adalah indikator penting untuk autonomi kewangan. Begitu juga, peningkatan hasil menunjukkan kecekapan dalam pungutan, inovasi fiskal, serta pentadbiran yang lebih efektif dan telus.

Simpanan yang stabil atau meningkat menunjukkan pengurusan kewangan berhemah dan daya tahan menghadapi krisis. Ini juga mencerminkan kemampuan melabur semula dalam projek pembangunan dan infrastruktur.

Juga kemampuan dalam mengupaya keperluan sosioekonomi komuniti dan kelompok marginal. Sepertimana yang termanisfestasi dalam pelbagai inisiatif menangani kemiskinan tegar, serta pelancaran pelbagai jenis bantuan pendidikan dan keusahawanan akar umbi.

Sebagai kesimpulan, saya tegaskan bahawa nilai kutipan hasil dan simpanan negeri jauh lebih tepat sebagai bukti berbanding hanya melihat pertumbuhan KDNK semata-mata. Jika betul tujuan dan niat perbandingan itu ialah untuk menilai prestasi kerajaan negeri dan tadbir urus ekonomi.

๐™†๐™–๐™ฉ๐™– ๐™Ž๐™™๐™ง๐™–. ๐™†๐™๐™–๐™ž๐™ง๐™ช๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ช๐™™ ๐™ก๐™–๐™œ๐™ž:

โ€œYa, pengangguran Sabah pernah meningkat kepada 8.2% pada 2020 semasa pentadbiran Warisan. Namun, peningkatan ini adalah kesan langsung pandemik COVID-19 yang turut melonjakkan kadar pengangguran negara ke 4.5%. Bandingkan pula kadar pengangguran suku keempat 2024 iaitu 7.7%, masih tinggi berbanding 5.4% pada 2019 ketika Sabah ditadbir Warisan. Ironinya, negeri-negeri penyumbang utama KDNK negara telah pulih sejak 2023, tetapi Sabah terus terperangkap dengan kadar pengangguran melebihi 7%. Jadi di mana letaknya โ€œtrend penurunan bermaknaโ€ yang disebut Dr Ramzah?โ€

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น:

Pengangguran adalah isu dinamik. Secara natural, denominator (tandasukat) akan berubah-ubah kerana jumlah graduan dan lepasan sekolah yang masuk ke pasaran kerja sentiasa meningkat setiap tahun. Atau mungkin berubah kerana kegawatan dan pengucapan ekonomi global. Sabah amat sensitif kepada faktor ini kerana ia terasing secara total daripada ekosistem pasaran buruh Malaysia (berpunca dari jurang geografi).

Sebab itu nilai peratusan mutlak kadar pengangguran tidak boleh dijadikan petunjuk kecekapan dalam mengelola pasaran buruh. Yang lebih tepat adalah melihat kepada prestasi mengurus trend pengangguran berasaskan tandasukat pemula.

 

TREND PENGANGGURAN SABAH (2017-2024, data dari DOSM)

 

BN

2017: 5.6% *Tandasukat Asas untuk Warisan

 

WARISAN

2018: 5.8%

2019: 5.8%

 

PANDEMIK

2020: 8.0%

2021: 8.2% *Tandasukat Asas untuk GRS++

 

GRS++

2022: 7.7%

2023: 7.5%

2024: 7.9%

 

Daripada 2017โ€“2019: Terdapat trend menaik secara konsisten. Ia bermula dengan 5.6% pada 2017, dan meningkat 5.8% pada 2018 dan 2019.

Era Pandemik 2020-2021: Kerana berlaku penguncupan ekonomi secara drastik akibat pandemik dan impak aftermath, pengangguran meningkat mendadak kepada 8.0% (2020) dan 8.2% (2021).

Daripada 2021โ€“2024: Terdapat trend penurunan. Ia bermula dengan 8.2% pada 2021, dan menurun kepada 7.7% dan 7.5% pada 2022 dan 2023. Angka tidak rasmi pada 2024 ialah 7.9% (hingga suku ketiga).

Ini yang saya katakan sebagai menganalisis unjuran. Jangan lihat pada nilai angka semata-mata, lihat pada trend, menaik atau menurun.

Warisan bermula dengan 5.6% (2017, peninggalan BN) sebagai tandasukat asas; dan berakhir dengan 5.8% (2019).

GRS++ bermula dengan 8.2% (2021, peninggalan aftermath pandemik) sebagai tandasukat asas; dan berakhir dengan 7.9% (2024).

Terpulang pada penilaian masing-masing, prestasi siapa lebih baik. Tapi sebagai penyelidik, saya diajar untuk meneliti lebih rinci pergerakan trend, sama ada ia menaik atau menurun.

 

๐™†๐™–๐™ฉ๐™– ๐™Ž๐™™๐™ง๐™–. ๐™†๐™๐™–๐™ž๐™ง๐™ช๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ ๐˜ฟ๐™–๐™ช๐™™ ๐™ก๐™–๐™œ๐™ž: : โ€œParti Warisan hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan kerajaan GRS+PH menggunakan institusi awam untuk mempertahankan dasar ekonomi yang gagal dirasai oleh rakyat.โ€

 

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฟ. ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐˜‡๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น: Saya tidak diperguna sesiapa. Saya dihubungi wartawan sendiri, dan diminta memberi pandangan berdasarkan konteks kenyataan Presiden Warisan. Selaku penyelidik, saya cuma memberi โ€œreaksi ekonomiโ€ kepada angka dan analisis yang dizahirkan. Saya bukan memberi โ€œsanggahan politikโ€ kepada sosok tubuh yang memberi kenyataan.

Semua hujah saya tiada kaitan dengan pandangan dan pendirian politik. Saya hanya berkongsi penilaian atas kapasiti sebagai pengkaji pembangunan negeri Sabah, dengan meneliti bagaimana setiap pembolehubah ekonomi beroperasi dan berfungsi. Ya, tuan-puan boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Tetapi jangan sempitkan pandangan saya dengan tuduhan-tuduhan berbentuk propaganda politik.

Kalau Sdra. Khairuddin Daud yakin bahawa analisisnya sendiri lebih tepat dan objektif; maka saya mempelawa beliau (atau wakil beliau) untuk berdebat tentang isu ini di atas platform terbuka yang disaksikan oleh seluruh warga Sabah. Biarlah mereka sendiri yang menilai โ€” pandangan siapa yang menunggangi sentimen politik, dan pendapat siapa yang berteraskan logik empirikal.

 

๐ƒ๐ซ. ๐‘๐š๐ฆ๐ณ๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ฅ

๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐„๐ค๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ข๐Ÿ

๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก (๐ˆ๐ƒ๐’)

๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

 

๐Ÿ“ท FB Dr Ramzah Dambul