KOTA KINABALU: Pengerusi baharu Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), Saadiah Aziz, hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu.
Dalam pertemuan tersebut, antara isu yang dibincangkan ialah hala tuju syarikat utiliti itu serta peranannya dalam melengkapi pembangunan Sabah.
Saadiah, 49, turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd. Yaakob Hj Jaafar.
Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional Berhad kini telah pun menggantikan Datuk Wilfred Madius Tangau sebagai Pengerusi Sabah Electricity pada 31 Julai lalu.






