BMW Laju Habis Remukkan Kereta Parkir di Dah Yeh Villa

BMW Laju Habis Remukkan Kereta Parkir di Dah Yeh Villa

0
SHARE
Gambar kemalangan BMW merempuh di Dah Yeh Villa... Sumber foto: Daily Express

KOTA KINABALU: Gara-gara memandu laju, sebuah BMW hilang kawalan dan mencetuskan kemalangan berantai yang merosakkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di Dah Yeh Villa, Jalan Damai, di sini, pada tengah hari Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.06 tengah hari itu, sebuah kenderaan utiliti sukan BMW dipandu seorang lelaki terbabit melanggar sebuah dari arah belakang Perodua Alza, berdasarkan rakaman ‘dashcam’ yang turut tular di media sosial.

Hentaman kuat itu menyebabkan Alza hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kereta yang diparkir di sisi kiriberhampiran sebuah restoran dan premis runcit di kawasan berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun situasi di lokasi menimbulkan panik kepada orang ramai yang sedang berada di kawasan komersial tersebut.

Polis dan pasukan perubatan segera tiba di tempat kejadian, termasuk sekurang-kurangnya dua ambulans, untuk memastikan keselamatan semua pihak.

Lalu lintas turut sesak teruk dan anggota trafik dikerahkan bagi mengawal aliran kenderaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar dan tindakan susulan terhadap pemandu terbabit.