AL RAYYAN, QATAR – Croatia menyingkirkan Brazil daripada saingan Piala Dunia selepas menewaskan juara lima kali itu 4-2 menerusi penentuan penalti pada aksi suku akhir, tengah malam tadi.
Memetik sumber AP, penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan Rodrygo sebelum sepakan Marquinhos sekadar menggegar tiang gol bagi membolehkan Croatia melangkah ke separuh akhir.
Terdahulu, Neymar berjaya meletakkan Brazil di depan pada lewat separuh masa pertama masa tambahan, tetapi Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bruno Petkovic pada minit ke-117.
Jaringan Neymar dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod Pele sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 77 gol.
Croatia akan berdepan dengan Argentina dengan Netherlands di separuh akhir bagi perebutan tiket ke pentas final.