MELAKA – Kewibawaan dan kepimpinan Datuk Mas Ermieyati seharusnya tidak perlu diragui lagi oleh pengundi dalam Dun N02 Tanjung Bidara, demikian menurut Exco Srikandi Bersatu Malaysia Mizma Appehdullah.
“Selain kapasiti beliau sebagai seorang ahli parlimen yang juga memegang portfolio Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang2) telah jelas membuktikan kemampuannya,” katanya.
Menurut Mizma lagi, segala retorik dan pelbagai lagi serangan daripada pihak lawan sebenarnya cuma satu usaha yang terdesak bagi mempengaruhi rakyat.
Katanya secara ironinya, rakyat terutama pengundi di Tanjung Bidara amat maklum impak besar yang bakal mereka terima sekiranya Calon Dun Tg Bidara daripada PN memenangi kerusi dun ini.
Jelasnya perkhidmatan berteraskan pemerkasaan ekonomi, pendidikan dan sosial pasti akan diteruskan YB Datuk seperti mana yang telah dilaksanakan di Parlimen Masjid Tanah.
“Saya juga amat yakin bahawa beliau (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) pasti akan memfokuskan untuk membangunkan semula masyarakat khususnya anak muda dan kaum hawa yang terkesan akibat pandamik COVID-19,” tambah Mizma.
Mizma berkata segala bukti nyata dan kesungguhan Datuk Mas pastinya akan menarik perhatian para pengundi dalam DUN ini bagi memilih beliau dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Hadir sama Ketua Srikandi Libaran Anna Bell Perian dan Ketua Srikandi Bersatu Kota Kinabalu Salmi Sarinoh serta Timbalan Ketua Penerangan Srikandi Bersaru Sabah Liza Din.





