NABAWAN, SABAH – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan dipanggil ke Klinik Kesihatan daerah tersebut bagi memotong sebatang besi yang tertusuk di tangan kanan seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada Rabu.
Menurut Ketua BBP Nabawan, PBT II Rudy Mekii, mangsa dikatakan terjatuh ke atas besi penembak ikan berkenaan dalam insiden kira-kira 4.30 petang.
“Pihak klinik memohon bantuan bomba untuk memendekkan besi bagi memudahkan pembedahan. Pemotongan dibuat menggunakan pengisar sudut (grinder),” katanya ketika dihubungi.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak klinik untuk tindakan lanjut.