Pelakon Dan Pelawak Veteran Jaafar Onn Meninggal Dunia

Pelakon Dan Pelawak Veteran Jaafar Onn Meninggal Dunia

0
SHARE
Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun hari ini...

KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Berita dukacita itu disahkan sendiri oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Hanif berkata, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.

Sebelum itu, Hanif memberitahu, Allahyarham Jaafar Onn Awang yang berusia 72 tahun ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Hanif yang dpetik Berita Harian berkata, doktor sedang berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas kritikal dan jantungnya terhenti, pagi tadi.

Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Berikutan itu, Jaafar berkata, dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot, sejak tahun lalu.