BEKAS KETUA PENGARAH MSN, ZOLKPLES EMBONG MENINGGAL DUNIA HARI INI

BEKAS KETUA PENGARAH MSN, ZOLKPLES EMBONG MENINGGAL DUNIA HARI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berusia 62 tahun dipercayai meninggal dunia pagi tadi di rumahnya dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Kematian Arwah disedari oleh beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) yang cuba menghubungi beliau sejak hari Jumaat apabila mendapati beliau tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN, Bukit Jalil.

Perkara itu membawa kepada beberapa orang pegawai MSN untuk datang ke rumah beliau pada pagi ini (Ahad).

Pegawai MSN terpaksa menghubungi pihak Polis dan Bomba kerana pintu rumah yang berkunci dan selepas berjaya membuka pintu rumah, Allahyarham telah terbaring di ruang dapur rumahnya.

Menurut sumber terkini, pihak polis telah memberi permit pengkebumian dan pengurusan MSN untuk membawa jenazah ke Masjid Sri Petaling bagi tujuan dimandikan, dikafankan san solat jenazah.

Kemudiannya, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Dungun Terengganu untuk urusan pengkebumian di sana pada sebelah petang ini.

Untuk rekod, Allahyarham pernah mengemudi MSN selama TUJUH (7) tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

Allahyarham kemudian pernah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 2017.