
KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah jam 7.15 malam Rabu untuk lawatan rasmi dua hari.
Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Esok, Anwar dijadual merasmikan Karnival Segalanya Felda di Lahad Datu pada sebelah pagi dan menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di SICC pada sebelah petang, sebelum berangkat pulang. — JABATAN PENERANGAN SABAH