KM HAJIJI, AHLI PARLIMEN SABAH BINCANG PINDAAN UNDANG-UNDANG KEWARGANEGARAAN

KM HAJIJI, AHLI PARLIMEN SABAH BINCANG PINDAAN UNDANG-UNDANG KEWARGANEGARAAN

0
SHARE
Hajiji
Hajiji mempengerusikan mesyuarat pra majlis bersama Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan pindaan perlembagaan undang-undang kewarganegaraan yang akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada persidangan parlimen akan datang ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat pra majlis bersama Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan pindaan perlembagaan undang-undang kewarganegaraan yang akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada persidangan parlimen akan datang.

Hajiji dan lapan Ahli Parlimen diberi taklimat oleh Pembantu Timbalan Setiausaha Bahagian Organisasi dari Jabatan Pendaftaran Kementerian Dalam Negeri, Mimmi Suriati Mat Khalid mengenai perkara itu di Sri Gaya di sini hari ini.

Ahli Parlimen yang hadir ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Armizan Ali (Papar), Datuk Shahelmey Yahya (Putatan), Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang) , Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir, Peguam Negeri Datuk Brenndon Keith Soh.