Festival of Drum and Percussion Malaysia Bakal Berlangsung 7 Disember Ini

Festival of Drum and Percussion Malaysia Bakal Berlangsung 7 Disember Ini

0
SHARE
Percussion
Orang ramai dijemput bagi memeriahkan Festival of Drum and Percussion Malaysia yang bakal berlangsung di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor pada 7 Disember ini bermula jam 10 pagi sehingga 11 malam

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput bagi memeriahkan Festival of Drum and Percussion Malaysia yang bakal berlangsung di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor pada 7 Disember ini bermula jam 10 pagi sehingga 11 malam.

Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu harii ni, bakal menyaksikan acara ‘drums and percussion showcase’ dengan sesi interaktif dalam pelbagai genre.

Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Datuk Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis Diraja Malaysia
dan jemputan khas lainnya.

“Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk
mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif
Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik
melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.

“Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert “All-Star
Show” yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan ModenDrum, Latin,
World & Etnik Percussion, dan Malaysia tradisional percussion.

“Turut diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan,” ujar dari Jin dari JS Music.