KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan berita baik hari ini dengan melanjutkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik hingga 31 Disember ini yang mana ia sepatutnya dijadualkan berakhir tengah malam ini.
Khabar gembira itu turut dimaklumkan oleh pihak PDRM melalui media sosial rasmi mereka hari ini (12 Dis) sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan orang ramai boleh menjelaskan saman mereka melalui;
- Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara;
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman;
- Pejabat Pos Malaysia;
- ATM Maybank.
Mengulas lanjut pelanjutan berkanaan, Acryl Sani berkata pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu diberikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka yang terdahulu dan terkini.

“Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman…
“Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai,” katanya dalam sidang media di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini.