KM HAJIJI HARGAI PERANAN UTAMA PBS DALAM MENGUKUHKAN GRS

KM HAJIJI HARGAI PERANAN UTAMA PBS DALAM MENGUKUHKAN GRS

0
SHARE
Hajiji
Hajiji bersama pucuk pimpinan tertinggi PBS di Sri Gaya ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghargai peranan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam memantapkan lagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sebagai rakan kongsi utama dalam GRS, Hajiji berkata PBS perlu terus bekerja keras seiring dengannya ahli komponen lain untuk mengukuhkan lagi gabungan tempatan sebagai pilihan rakyat Sabah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi PBS di Seri Gaya, di sini hari ini.

Mengetuai rombongan PBS bertemu Hajiji yang juga merupakan pengerusi GRS ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata semasa mesyuarat itu, PBS sebagai satu daripada komponen utama GRS, berjanji untuk bekerjasama rapat dengan parti komponen lain untuk kukuhkan gabungan.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBS, Datuk Jahid Jahim dan Datuk Dr Yee Moh Chai, Setiausaha Agung, Datuk Julita Majungki, Bendahari Agung, Datuk Lu Kim Yen, Naib Presiden, Datuk Ruslan Muharam dan Hendrus Anding, Timbalan Setiausaha agung Jonnybone Kurum dan Timbalan Bendahari Agung, Lo Su Fui.