Mbappé Pecah Rekod Penyerang Termahal Dengan Bidaan RM1.5 Bilion

Mbappé Pecah Rekod Penyerang Termahal Dengan Bidaan RM1.5 Bilion

0
SHARE
Bola
Kylian Mbappé ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

ARAB SAUDI – Kelab Arab Saudi, Al-Hilal telah mengemukakan bidaan rekod dunia untuk Kylian Mbappé, yang difahamkan bernilai €300 juta (RM1.5 bilion).

Al-Hilal bersedia membayar penyerang itu €200 juta untuk satu musim jika itu yang diperlukan untuk menyelesaikan perjanjian itu.

Tindakan itu dibuat selepas Paris Saint-Germain (PSG) mengugurkan Mbappé daripada jelajah pra-musim mereka di Jepun dan bertekad untuk menjualnya melainkan dia menandatangani kontrak baharu.

PSG akan menerima tawaran Al-Hilal tetapi tiada perbincangan antara Al-Hilal dan Mbappé. Bagaimanapun, PSG yakinan pemain berusia 24 tahun itu telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas depan.

Al-Hilal akan cuba menggoda Mbappé dengan gaji rekod dunia €200 juta setahun dan pendapatannya boleh mencecah €700 juta (RM3.5 bilion) setahun dengan pengaturan komersial dan hak imej.

Kelab itu sedar ia mungkin sesuai dengan Mbappé hanya untuk semusim. Sebelum ini, Al-Hilal menawarkan Lionel Messi lebih daripada £350 juta setahun untuk keluar PSG dan menyertai mereka tetapi penyerang Argentina itu memilih untuk berpindah ke Inter Miami.

Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi, bulan ini telah berkata jika Kylian mahu kekal dia perlu menandatangani kontrak baru.

“Kami tidak mahu kehilangan pemain terbaik di dunia secara percuma; kita tidak boleh berbuat demikian,” katanya.

Mbappé menyertai PSG dari Monaco pada 2018 dengan harga £166 (RM972 juta).

Mbappé kelihatan hampir menyertai Real Madrid pada musim panas lalu sebelum memperbaharui perjanjiannya di Paris.

Yuran rekod dunia ialah €222 juta yang diterima Barcelona daripada PSG pada 2017 untuk Neymar, yang kontraknya akan tamat pada Jun 2025.