KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan pihaknya akan melaksanakan rombakan kabinet dalam tempoh terdekat ini.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, maklumat secara terperinci berhubung rombakan terbabit akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat ini.
“Maklumat khusus akan diberikan dalam masa terdekat,” jelas dalam kenyataan terbabit.
Sehingga petang tadi, berdasarkan laporan media tempatan Free Malaysia Today, dilaporkan Hajiji dijangka bakal melakukan rombakan kabinet.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dikaitkan dengan cubaan terbabit turut dijangka menjadi ‘korban’ dalam rombakan terbabit serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.