Syamsul Yusof Sahkan Nikahi Ira Kazar

Syamsul Yusof Sahkan Nikahi Ira Kazar

0
SHARE
Syamsul
Pengarah filem terkenal Syamsul Yusof dan isterinya Ira Kazar ( Sumber Foto: Gambar Google )

KUALA LUMPUR – Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan beliau sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

Memetik sumber Harian Metro, Syamsul berkongsi mengenai berita tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di dalam Instagram.

Dalam video terbabit, Syamsul menjelaskan pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga merupakan pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.

Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand.

Dalam pada itu, Syamsul turut menjelaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah disamping memohon kepadanya untuk membincangkan perkara tersebut secara baik.

“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,katanya.

Selain itu, Syamsul juga berkata beliau tidak berniat untuk membelakangkan keluarganya.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga. Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.