KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersalam dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak
dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah
khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan
tinggi di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamad Azhan Md Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kasim Mansor.