KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT RABITAH ANTARABANGSA ALUMNI AL AZHAR MALAYSIA

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT RABITAH ANTARABANGSA ALUMNI AL AZHAR MALAYSIA

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia), Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti semasa menerima kunjungan rombongan WOAG Malaysia di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) diketuai oleh presidennya, Prof Datuk Dr.Mohd Fakhrudin Abdul Mukti di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Selain mendengar beberapa nasihat daripada Hajiji, Mohd Fakhrudin memberi taklimat berhubung aktiviti yang dianjurkan oleh WOAG seperti seminar dan multaqa ilmiah dan lain-lain yang kebanyakannya berorientasikan pendidikan dan kebajikan, disamping menyebarkan fahaman kesederhanaan berteraskan kecintaan kepada keamanan dan keharmonian kaum dan agama.

Rombongan WOAG Malaysia turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.