KOTA KINABALU, SABAH – Cubaan kerjasama yang digerakkan oleh UMNO Sabah di bawah arahan Bung Moktar dan Shafie Apdal untuk menggulingkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebelum ini adalah satu ‘kesilapan besar’.
Menurut Penganalisis Politik Borneo Merdeka Centre, Baharuddin Yamani berkata kerjasama di antara kem Bung dan Shafie Apdal untuk menggulingkan Ketua Menteri itu yang turut dikenali sebagai ‘Langkah Kinabalu’ pada Januari lalu adalah jelas satu kesilapan yang amat besar dan satu strategi memakan diri.
Baharuddin berkata: “Bung Moktar dan Shafie mungkin berpandangan Hajiji adalah seorang pemimpin yang terlalu lemah serta mudah digulingkan sebaliknya mereka berdua telah melakukan kesilapan yang besar apabila Ketua Menteri Sabah itu sebenarnya mempunyai kekuatan dalaman yang cukup kuat malahan memiliki pengaruh yang luar biasa dikalangan majoriti adun di Sabah”,
“Bung dan Shafie sepatutnya menyedari hakikat Hajiji sebenarnya adalah satu-satunya pemimpin politik veteran Sabah yang masih bertahan sehingga kini malahan telah menjadi ADUN Sulaman sejak tahun 1990 lagi”.
“Berwatakan sederahana dan berjiwa rakyat serta turut dikenali sebagai pemimpin yang sangat fokus bekerja, kurang bercakap serta amat terkenal dengan sikap suka melayan semua pihak tanpa memilih fahaman politik”.

“Justeru, bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila beberapa Adun UMNO termasuk Pakatan Harapan (PH) kekal setia menyokong Hajiji…
“Agak menghairankan kenapa pemimpin baik seperti Hajiji mahu digulingkan oleh Bung dan Shafie Apdal,” jelas Baharuddin.

Baharuddin berkata lagi “Penghijrahan beberapa ADUN UMNO dan sebilangan besar pimpinan dan penyokong UMNO juga telah dijangka dari awal.
“Mereka secara jelas tidak bersetuju Hajiji digulingkan dan menolak bekerjasama dengan Shafie…
“Alasan lain pemimpin-pemimpin UMNO ini turut beranggapan Shafie adalah pengkhianat utama merujuk kepada gerakan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Tan Sri Musa Aman pada tahun 2018 yang lalu.”
Justeru, Bung sepatutnya perlu bertanggungjawab ke atas penghijrahan beramai-ramai pimpinan dan ahli UMNO untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parit Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Baharuddin turut berkata bahawa hasil dapatan kajian turut menunjukkan majoriti pimpinan termasuk ahli-ahli UMNO Sabah turut menentang kerjasama UMNO dan Warisan mahu menggulingkan Hajiji.
“Oleh sebab itu ramalan kami selagi Bung masih berada di dalam saf kepimpinan UMNO di Sabah, UMNO Sabah akan semakin melemah…
“Wujud juga ramalan lain, sekalipun UMNO Pusat terpaksa menukar Bung sebagai Ketua UMNO Sabah, sikap menjauhkan diri dari UMNO oleh GRS akan kekal sehingga PRN ke-17 akan datang,” jelas Baharuddin.
Menjawab soalan lain mengenai beberapa adun dan pemimpin Warisan melompat parti untuk menyertai GRS, Baharuddin menjawab “mereka jelas melihat masa depan bersama Warisan kini semakin malap”.
“Ahli-ahli politik kena bijak membaca tentang hala tuju dan masa depan Parti Warisan di Sabah”.
“Selepas PRN ke-16 Sabah dan PRU-15, keputusan secara total tidak berpihak kepada Warisan dan jangkaan pada PRN ke-17 Warisan berkemungkinan hanya akan mampu mengekalkan kerusi tradisi di Semporna termasuk Lahad Datu”







