
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah, hari ini.
Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke-
16 yang dijadualkan pada minggu hadapan.
Lebih 70 ‘touch-sceen tablets’ telah
dipasang untuk kegunaan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja
menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa
kertas (paperless conference system).
Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan
Kerja Raya (JKR) , Lornetha Daim.
Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya dan Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman.





