KTC Anjur Program Iftar Ramadan, Shopping Raya Anak Yatim Di Seluruh Sabah

KTC Anjur Program Iftar Ramadan, Shopping Raya Anak Yatim Di Seluruh Sabah

0
SHARE
Datuk Dexter Lau...

KOTA KINABALU, SABAH – Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengadakan usahasama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di seluruh negeri di sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, YBhg Datuk Dexter Lau berkata, KTC sedang menjalankan inisiatif terbaharunya iaitu Program Amal Berbuka Puasa yang memberikan keutamaan bagi membantu golongan yang memerlukan seperti Rumah Anak Yatim di sepanjang bulan Ramadan ini.

“Menerusi Program Amal Berbuka Puasa, KTC dan UPPM akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadan di beberapa lokasi di seluruh Sabah dengan harapan ianya akan dapat mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, Rumah Anak Yatim juga akan dilawati dan mereka juga akan berpeluang memilih baju raya kegemaran mereka di 10 buah Pasaraya Servay yang terdekat,” jelas Dexter.

Menurutnya, segala usaha kebajikan sebegini mencerminkan komitmen bersama sesebuah organisasi korporat dengan Kerajaan Negeri yang meneruskan khidmat kepada masyarakat umum yang pastinya akan mampu menyerapkan unsur keriangan dan mampu memupuk keharmonian di sepanjang Ramadan yang mulia ini.

“Selain daripada itu, Program Berbuka Puasa anjuran bersama dengan UPPM ini dianjurkan Khas untuk menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan untuk berkongsi tradisi berbuka puasa bersama,” jelasnya lagi.

Program ini dijadualkan berlangsung selama 3 minggu di 25 lokasi seluruh Sabah bermula dari Kalabakan dan berakhir di Keningau kelak yang akan memuatkan juadah berbuka puasa komunal di mana golongan anak yatim dan kurang berkemampuan boleh berkumpul untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan ikatan silaturrahim dengan masyarakat setempat.

“Dalam bulan tahun ini Ramadan, kami sangat teruja untuk melancarkan Program Berbuka Puasa dan Membeli-belah baju raya bagi anak-anak yatim. Ianya suatu inisiatif yang baik demi memupuk semangat belas kasihan, kemurahan hati, dan perpaduan…

“Sementara kita menyambut bulan Ramadan yang mulia, marilah kita bersama-sama sebagai satu komuniti untuk meraikan nilai-nilai yang boleh dikongsioan bersama selain menggalakkan keharmonian di kalangan semua penduduk Sabah dan membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim di seluruh Sabah,” katanya lagi.

Pengarah UPPM Negeri, YBhg Datuk Awang Kadin Tang juga ingin mempelawa individu, usahawan dan organisasi lain untuk menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa melalui sumbangan dana, barangan makanan atau bantuan sukarelawan supaya boleh memberikan impak positif dan kebaikan kepada golongan yang memerlukan.