Kuala Penyu Simpan Pelbagai Kisah Menarik

Kuala Penyu Simpan Pelbagai Kisah Menarik

0
SHARE
Kmjg
Konvoi KMJG Negeri Sabah merakamkan foto kenangan di Pantai Batu Luang dekat Temporong ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUALA PENYU, SABAH – Terletak di Bahagian Pedalaman Bawah Sabah , Daerah Kuala Penyu kini terkenal sebagai salah satu daerah yang sedang pesat membangun.

Selain menyimpan pelbagai kisah lagenda yang menarik, nama Kuala Penyu juga dipercayai berasal daripada seekor penyu yang tenggelam di kuala Sungai Sitompok.

Menurut penduduk Kampung Linsuk, Md Esa Sari, 75, beliau mendengar kisah tersebut sejak bersekolah rendah lagi daripada datuk dan neneknya.

Pada Ahad, Kuala Penyu menjadi daerah ketujuh dalam siri penjelajahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024.

Sebelum pelepasan ke daerah Sipitang, konvoi juga sempat merakam kenangan di salah satu destinasi pelancongan sambil menjejaki lagenda yang tersimpan di Pantai Batu Luang di Temporong.

Acara pelepasan konvoi disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury dalam Program KMJG bersempena Linsuk Mini Fiesta di Kampung Linsuk menjadikan jarak perjalanan kini berjumlah 229km dari ibu negeri. — JABATAN PENERANGAN SABAH