Kualiti Perkhidmatan Di Stesen Keretapi Sembulan Akan Dipertingkatkan – Bung

Kualiti Perkhidmatan Di Stesen Keretapi Sembulan Akan Dipertingkatkan – Bung

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin...

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata kualiti perkhidmatan di Stesen Keretapi Sembulan akan dipertingkatkan bagi mengwujudakn suasana yang lebih teratur dan kondusif untuk kemudahan orang ramai.

Katanya, untuk tujuan ini, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) akan membuat perancangan yang lebih baik untuk menaiktaraf stesen tersebut bukan sahaja dari kemudahan awam seperti ruang perniagaan namun turut mewujudkan satu perjalanan kereta api yang lebih baik dan mesra pengguna.

“Perjalanan dengan menggunakan keretapi adalah alternatif pengangkutan awam yang bukan sahaja digunakan saban hari oleh orang ramai malah kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Kinabalu yang berulang alik ke Kinarut, Papar, Membakut dan Beaufort…

“Maka wajar bagi JKNS mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatanya,” katanya selepas mengagihkan pek berbuka puasa kepada penumpang di Stesen Keretapi Sembulan sini kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS), Datuk Mohd Jasmin Julpin, Timbalan Setiausaha Tetap II KKRS, Hassan Mahali dan Pengarah JKNS Leonard Stephen Poyong.

Dalam pada itu, Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, JKNS juga bercadang untuk menyediakan bas pengangkutan bagi kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan yang berdekatan untuk membawa mereka ke stesen kereta api Sembulan selepas tamat waktu bekerja.

Ketika diminta mengulas perkhidamatan keretapi antara Beaufort ke Tenom, Bung berkata ianya telah mula beroperasi seperti sediakala dan telah memulihkan perkhidamatanya pada 27 April lepas.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut meminta orang ramai agar sentiasa menjaga aspek keselamatan diri terutamanya di jalan raya apabila memandu semasa balik ke kampung halaman masing-masing.

“Suasana dijangka lebih meriah setelah peralihan ke era endemik bagimana pun kita jangan leka dengan ancaman virus COVID-19 dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standrad yang telah ditetapkan.

“Ini penting agar kesihatan kita terjaga dan terkawal terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini,” katanya.

Mengenai program tersebut, Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berkata ianya diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan silatulrahim diantara penumpnag dan JKNS dan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam JKNS Sabah.

Bung bersama Mohd Jasmin Leonard mengaih-agihkan pek berbuka kepada penumpang kereta api.

Bung berbual mesra bersama pengguna yang menggunakan perkhimadatan kereta di stesen kereta api Sembulan.

Bung disambut oleh Mohd Jasmin, Hassan dan Leonard sejurus tiba ke program tersebut.