KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terperangkap di dalam bilik tong simpanan karbon dioksida (CO2) di Kondominium Pasifik Taman Likas Jaya pagi tadi.
Timbalan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.22 pagi hari ini.
“Dilaporkan terdapat dua orang mangsa yang terperangkap dalam bilik tong simpanan CO2.
“Pasukan Bomba kemudian membuat operasi dengan membuka bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan pintu tersebut berjaya dibuka,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Tambah Ordine, kedua mangsa tersebut didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan Pasukan Bomba menyerahkan mangsa kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.
Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.57 pagi.