Shell Anugerah Kontrak Operasi Aset Air Dalam Kepada Dua Syarikat Sabah

Shell Anugerah Kontrak Operasi Aset Air Dalam Kepada Dua Syarikat Sabah

0
SHARE
Shell
Ketua Pegawai Eksekutif Sazma Aviation, Rodney Pinus (dua kanan) dan Datuk Hassan A Gani Pg.Amir (kanan) menandatangani kontrak dengan Sabah Shell Petroleum Company Ltd

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) telah memberikan dua kontrak berasingan kepada dua syarikat yang berpangkalan di Sabah.

Majlis menandatangani kontrak itu berlangsung hari ini semasa majlis perasmian Persidangan dan Pameran Minyak, Gas & Tenaga Sabah (SOGCE) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Kewangan Sabah yang juga Pengerusi SMJ Energy Sdn Bhd Datuk Masidi Manjun, bersama Pengerusi Negara Shell Malaysia Siti Sulaiman yang juga Naib Presiden Upstream Malaysia.

Salah satu kontrak telah diberikan kepada SAZMA Aviation untuk penyediaan perkhidmatan helikopter luar pesisir bagi mengangkut kakitangan dengan selamat ke dan dari lokasi luar pesisir.

Ketua Pegawai Eksekutif SAZMA Aviation, Rodney Pinus menandatangani bagi pihak SAZMA manakala Pengerusinya Datuk Hassan A Gani Pg.Amir hadir sebagai saksi.

Kedua-dua kontrak telah ditandatangani oleh Wong Kim Mun, Pengurus Besar SSPC.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), PETRONAS, Penganjur SOGCE, Dolly Jimayol, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC).