Lelaki Tidak Sedarkan Diri Terkunci Dalam Kereta Di City Mall

Lelaki Tidak Sedarkan Diri Terkunci Dalam Kereta Di City Mall

0
SHARE
Bomba
Bomba mengeluarkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas berjaya membuka pintu kenderaannya yang terkunci ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berusia 30 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terkunci dalam sebuah Perodua Myvi di tempat letak kereta bawah tanah City Mall di sini, pada Khamis.

Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bertindak balas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 12.35 tengah hari.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pasukan itu tiba dalam masa sembilan minit ke lokasi sejauh enam kilometer (KM).

“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat khas.

“Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba yang kemudiannya menghantarnya ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.05 petang.