
TENOM, SABAH – Calon bebas Parlimen Tenom, Riduan Rubin optimis kerjasama di antara Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) untuk sesi kempen kali ini bakal membuahkan hasil yang positif.
Beliau berkata muafakat jenteranya selaku calon bebas dan KDM juga akan menarik minat anak-anak muda Tenom untuk menentukan undi pada 19 November hadapan.
“Dengan adanya kerjasama ini, saya rasa kita dilandasan yang tepat untuk meraih satu keputusan positif pada hari mengundi nanti…
“Kita dalam masa sama akan membina momentum untuk memenangi hati pengundi-pengundi Tenom dengan pencerahan hala tuju yang saya bawa pada kempen di Tenom ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas jelajah PDM Pamilaan, Tenom.
Menurutnya, antara manifesto yang dibawa adalah memperkasakan ekonomi setempat, sukan dan rekreasi, kerohanian, pendidikan serta pembangunan infrastruktur dan prasarana parlimen Tenom.
“Sudah tiba masanya anak muda diangkat untuk membawa suara Tenom ke dewan negara…





