Kunjungan Hormat Kumpulan Yayasan Sabah Ke SPRM Sabah Erat Kerjasama Tangani Rasuah

Kunjungan Hormat Kumpulan Yayasan Sabah Ke SPRM Sabah Erat Kerjasama Tangani Rasuah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Encik Mohd. Sharuddin bin Mohd. Wali telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah pada 13 September 2022.

Delegasi Kumpulan Yayasan Sabah disambut oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah di pejabat SPRM, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan SPRM dalam menangani rasuah hingga ke akar umbi. Selain itu, lawatan ini turut membincangkan aktiviti berkaitan dengan integriti yang akan dilaksanakan secara kerjasama antara kedua-dua organisasi ini.

Lawatan tersebut mendapat pelbagai input untuk pemantapan tadbir urus dan integriti di Kumpulan Yayasan Sabah.