Lahad Datu Tuan Rumah Sukan Kerajaan Tempatan Sabah Ke-13

Lahad Datu Tuan Rumah Sukan Kerajaan Tempatan Sabah Ke-13

0
SHARE
KKTP
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais (tengah) bersama Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong dan para pengurus sukan bersama atlet dari Zon Satu yang akan ke Lahad Datu, di Wisma Innoprise ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

KOTA KINABALU, SABAH – Sukan Kerajaan Tempatan (SKTS) Ke-13 Negeri Sabah akan diadakan di Lahad Datu bermula pada 13 hingga 18 Februari 2023.

Sukan dwi-tahunan ini akan dilancarkan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih manakala acara penutupan akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Sukan dianjurkan pada setiap dua tahun sekali ini melibatkan lapan zon yang terdiri daripada 25 Pihak Berkuasa Tempatan, dua Majlis Perbandaran (Majlis Perbandaran Sandakan dan Tawau) dan Lembaga Bandaran Kudat.

Kali terakhir SKTS diadakan pada tahun 2019 di Ranau.

Tujuan utamanya ialah untuk mengeratkan hubungan antara KKTP dan semua agensi di bawahnya.

Para peserta dari seluruh Sabah akan dibahagikan kepada lapan zon iaitu Zon 1 (Hitam) yang terdiri daripada KKTP, JPBW, LPPB, MD Penapang dan MD Putatan; Zon 2 (Biru) – Majlis Perbandaran (MP) Sandakan; Zon 3 (Jingga) – MP Tawau; Zon 4 (Maroon Putih) – MD Kuala Penyu, MD Beaufort, MD Papar dan MD Sipitang; lain-lain zone ialah Zon 5 (Hijau) – MD Tuaran, MD Kota Belud, MD Kota Marudu dan Lembaga Bandaran Kudat; Zon 6 (Ungu Putih) – MD Keningau, MD Tenom, MD Tambunan dan MD Nabawan; Zon 7 (Kuning) – MD Ranau, MD Beluran, MD Kinabatangan dan MD tongod; dan Zon 8 (Merah) – MD Semporna, MD Lahad datu dan MD kunak.

Sukan pada tahun ini melibatkan tiga penganjur bersama iaitu MD Lahad Datu, Semporna dan Kunak (Zon 8 ), di mana Lahad Datu bertindak sebagai tuan rumah SKTS.

SKTS ke-12 yang lalu telah dimenangi oleh Zon 5 yang terdiri daripada Majlis Daerah (MD) Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Lembaga Bandaran Kudat dan Pitas.