Laporan Awal Insiden Kereta Api Tenom Akan Dibentang di Mesyuarat Jemaah Menteri

Laporan Awal Insiden Kereta Api Tenom Akan Dibentang di Mesyuarat Jemaah Menteri

0
SHARE

TENOM: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ewon Benedick, memaklumkan bahawa laporan siasatan awal berhubung perlanggaran railbus dengan motor troli di KM134/4 Pangi pada 3 Mac 2026.

“Laporan telah diterima daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri Sabah pada 11 Mac 2026,” kata Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah itu.

JKNS dalam kenyataan media menyatakan bahawa insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Siasatan dalaman melalui ‘Board of Enquiry’ telah diaktifkan mengikut prosedur semasa, manakala laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Tenom untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Ewon menegaskan bahawa sebarang langkah susulan akan dibuat berdasarkan hasil laporan rasmi JKNS selaras dengan Enakmen Keretapi 2017.

Pihak JKNS menyatakan rasa kesal atas insiden yang berlaku dan menekankan bahawa siasatan masih dijalankan bagi memastikan keselamatan perkhidmatan keretapi.