Lebih 30 Peratus Pengerusi JPKK adalah Wanita – Jahid

Lebih 30 Peratus Pengerusi JPKK adalah Wanita – Jahid

0
SHARE
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim...

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 9,700 daripada 30,716 penerima watikah pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh Sabah tahun ini merupakan golongan wanita.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Noordin Jahim berkata kementerian beliau komited untuk memenuhi dasar 30 peratus keterlibatan wanita untuk memegang jawatan kepimpinan utama dan sebagai pembuat keputusan.

“Daripada jumlah tersebut seramai 320 orang wanita telah dilantik sebagai Pengerusi JPKK,” katanya menjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N25 Kapayan, Jannie Lasimbang, pada sidang Dewan Undangan Negeri tadi.

“Ini bermakna di peringkat kepimpinan akar umbi, penglibatan kaum wanita melebihi 30 peratus, iaitu 31.57 peratus,” tambahnya.

Membalas kepada soalan ADUN N34 Lumadan, Haji Ruslan Muharam, Jahid mengakui terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah termasuk Lumadan.

“Usaha-usaha penambahbaikan sedang dibuat dengan serius.

“InsyaAllah, isu-isu yang timbul tersebut akan diminimakan dan diselesaikan dan bayaran akan dapat dibuat tepat pada masa yang telah ditetapkan apabila sistem yang dirancang dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” ujar beliau.