Siapakah Mereka Pengundi Baru ‘Melayu’ Di Sabah Ni? Tanya Jeffrey

Siapakah Mereka Pengundi Baru ‘Melayu’ Di Sabah Ni? Tanya Jeffrey

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan...

KOTA KINABALU, SABAH – Isu peningkatan luarbiasa angka pengundi baru di Sabah menjadi semakin panas berikutan dakwaan bahawa mereka didaftar sebagai berbangsa Melayu.

Hal ini mendorong Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STARSABAH) Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyoal samada adanya berlaku sesuatu yang berkaitan dengan isu tersebut yang rakyat Sabah tidat tahu.

“Saya telah diberitahu bahawa penngundi baru ini didaftar sebagai berbangsa Melayu.”
“Persoalannya: Di Sabah ada Melayu ka?…

“Jika ada, siapa semua mereka? Dan bagaimana tiba-tiba terdapat beribu-ribu jumlah mereka?” Tanya Jeffrey.

Katanya apa yang lebih luarbiasa dan meragukan ialah jumlah mereka-mereka yang didakwa pengundi ‘Melayu’ ini adalah amat besar.

Dia menggesa agar pihak berkuasa membuat siasatan keatas dakwaan tersebut dengan segera.

“Rakyat Sabah amat marah ketika ini…

“Jika ada kebenaran, mereka takut suatu hari kelak rakyat bukan dari berasal dari Sabah akan jauh lebih ramai dari mereka dan akan menentukan kerajaan,” katanya.

Selain Cina dan sejumlah kecil penduduk berbangsa India, Sabah didominasi oleh rakyat tempatan yang mana identiti mereka berdasar kepada etknik mereka masing-masing, dan bukannya Melayu yang berasal dari Malaya.

Kelmarin, Kitingan, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, dilaporkan terkejut dengan peningkatan hingga lebih 70 peratus pengundi baru di parlimen Keningau, iaitu daerah keramat penduduk Orang Asal Sabah.