HAJIJI BAKAL DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARI SPR BERKENAAN JUMLAH PENGUNDI MENINGKAT

HAJIJI BAKAL DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARI SPR BERKENAAN JUMLAH PENGUNDI MENINGKAT

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor akan berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah berkenaan jumlah pengundi berdaftar yang dilaporkan mengalami peningkatan mendadak di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan segelintir pihak berhubung perkara tersebut.

“Kita akan tengok dan mendapatkan maklumat serta taklimat daripada pengarah SPR dalam masa terdekat ini…

“Kita juga mahu mengetahui bilangan (pengundi berdaftar) dimana sesetengah pihak berasa ragu mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika selepas Majlis Konvokesyen Kali ke-25, Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Yeck Lee menyifatkan peningkatan jumlah pengundi di Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sangat mengejutkan.

SAPP berkata daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan peningkatan pengundi baru sebanyak 53.9 peratus, iaitu daripada 1,064, 686 pada 2008 kepada 1,638,806 tahun ini.

Peningkatan luar biasa itu menyebabkan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengesyaki ianya disebabkan oleh terdapatnya jumlah besar pengundi yang dihasilkan oleh skandal Projek IC.

Yong dilaporkan berkata berdasarkan kajian awal daftar pengundi tahun 2022, kebanyakan pengundi baru terbabit adalah dikalangan pengundi berumur antara 30 sehingga 60-an.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak ketinggalan menyifatkan peningkatan jumlah pengundi di kawasan Parlimen Keningau agar mengejutkan dan luar biasa.

Menurutnya, beliau mendapati peningkatan terbabit adalah melebihi 70 peratus.