KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya meninggal dunia secara mengejut petang tadi.
Menurut maklumat yang diterima, Allahyarham Samsudin yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi meninggal dunia di dalam kapal terbang semasa dalam perjalanan balik ke Sabah daripada Kuala Lumpur.






