Kempen Derma Darah CPS- “Kami Sayang, Kami Prihatin, Kami Memberi”, Terus Mencari...

Kempen Derma Darah CPS- “Kami Sayang, Kami Prihatin, Kami Memberi”, Terus Mencari Penajaan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kempen derma darah terbesar di Sabah, kempen Derma Darah Centre Point SAbah (CPS) – “We Love, We Care, We Give”, membuat kemunculan semula pada 12 November tahun ini selepas tidak dianjurkan selama dua tahun akibat pandemik.

Kempen ini akan dijalankan di dua kawasan, iaitu di Tingkat Bawah pada 8:30 pagi hingga 9:30 malam dan Tingkat 4 Palm Square pada 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

CPS menerusi satu kenyatan berkata, kempen derma darah yang dianjurkan oleh Centre Point Sabah dan Lions Club of KK Mandarin, bertujuan untuk mengumpul 1,200 pain darah.

“Oleh itu, orang ramai digesa terutamanya penderma darah tetap, untuk memberikan sokongan penuh kepada Kempen Derma Darah CPS…

 

“Selain itu, kempen ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang amalan murni yang mampu menyelamatkan nyawa melalui derma darah.

“Setiap penderma darah yang berjaya layak mendapat satu beg penuh dengan saguhati yang disumbangkan oleh penaja-penaja dan, ia berdasarkan siapa cepat dia dapat,” kata CPS.

Difahamkan, Hotel Mercure Bandaraya Kota Kinabalu telah menaja dua baucar penginapan hotel dua hari satu malam (Termasuk sarapan pagi untuk dua orang) bernilai sehingga RM 300 dan dua set baucar Makan Malam untuk dua orang.

Kempen derma darah ini juga menerima dua baucar Makanan dan Minuman Percuma untuk Chef’s Tea Delight di Piano Lounge untuk dua orang oleh Hotel Grandis. Manakala, Hotel Le Meridien telah menaja baucar makan – Makan Malam Bufet Hujung Minggu untuk dua orang.

Selain itu, kempen derma darah ini juga telah menerima sokongan oleh pekedai di pusat membeli-belah Centre Point Sabah. Kedai Liew Chai Vegetarian dan Palm Cafe akan menaja pek makanan untuk sukarelawan hospital ketika kempen tersebut.

Manakala, Noor Wellness dan Beauty Centre serta Raiyyan Collection telah menaja Hamper untuk aktiviti cabutan bertuah. Mega Sunwise Sdn Bhd turut menaja 1,500 beg untuk barangan tersebut, KK Drinks Sdn Bhd menaja 2400 botol air minuman dan Yoyo Cafe menaja 1,300 kek cawan.

Di samping itu, terdapat 23 penganjur bersama yang menyertai kempen ini iaitu Hospital Queen Elizabeth 1; Hospital Queen Elizabeth 2; Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas; Hospital Kudat; Hospital Beaufort; Hospital Ranau; Hospital Tambunan; Hospital Keningau; Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Penampang; Kelab Lions KK Centennial; Kelab Lions Tanjung Aru; Lions Club of Tuaran; Persatuan Alumni Taiwan Sabah; Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah KK; Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sabah; Persatuan Kebajikan Cina Sabah; Persatuan Puak KK Zhang; Persatuan Komuniti Perniagaan (ABC); Persatuan Pemandu Pelancong Sabah; Kelab Lions Ranau; Kelab Lions KK Lintas; Kelab Lions KK Capital; dan Lions Club of Kota Kinabalu Asia City.

Kempen Derma Darah CPS boleh diikuti di halaman Facebook rasmi pusat beli-belah Centre Point Sabah. Untuk maklumat lanjut dan tajaan Kempen Derma Darah CPS, orang ramai boleh menghubungi Cik Thecla di talian 011-741 287845.