KUALA LUMPUR: Peminat K-pop tanah air bakal disajikan dengan malam penuh pesona apabila ahli kumpulan sensasi Korea Selatan, Red Velvet, iaitu JOY, mengesahkan kehadirannya ke ibu negara menerusi 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” yang dijadual berlangsung pada 25 April ini, jam 8 malam di ZEPP Kuala Lumpur.
Konsert yang dianjurkan oleh Zues Event Sdn. Bhd. itu dijangka menghimpunkan ReVeluv Malaysia dalam sebuah persembahan eksklusif yang sarat dengan elemen visual dan audio yang imersif.
Sebagai antara destinasi penting dalam siri jelajah Asia beliau, “JOY SPLASH” membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni solo JOY dengan konsep produksi pentas yang stylish serta susunan persembahan yang dirancang khas buat peminat.
Dikenali dengan vokal lembut dan aura pentas yang memikat, JOY bakal membawakan lagu-lagu popular selain beberapa kejutan istimewa yang pasti menghangatkan suasana.
Malam tersebut dijangka dipenuhi vibe positif, keceriaan dan momen manis yang sukar dilupakan.
Tiket konsert ditawarkan pada harga RM698, RM598, RM498 dan RM398 dengan jualan bermula 7 Mac 2026, jam 12 tengah hari menerusi laman web etix.my.
Setiap transaksi dihadkan kepada maksimum empat tiket bagi setiap alamat e-mel. Caj tempahan RM4 dikenakan bagi setiap tiket manakala caj pemprosesan RM10 bagi setiap transaksi, dan harga tiket yang dipaparkan tidak termasuk 8 peratus SST.
Peminat disarankan mengikuti platform rasmi penganjur untuk mendapatkan maklumat terkini termasuk butiran fan benefits dan sebarang pengumuman rasmi berkaitan konsert tersebut.






