Syabu RM1.29 Juta Dirampas di Lobi Kondominium Penampang

Syabu RM1.29 Juta Dirampas di Lobi Kondominium Penampang

0
SHARE

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 25.74 kilogram bernilai kira-kira RM1.28 juta dalam satu operasi di lobi sebuah kondominium di daerah ini, semalam.

Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) terhadap empat kotak yang menemukan 24 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton, dalam kenyataan media berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat serta membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan sehingga membawa kepada kejayaan operasi itu.

“Orang awam digesa terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah Penampang kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah,” katanya.