Meninggal Dunia Dalam Kemalangan SK Gana Papar

Meninggal Dunia Dalam Kemalangan SK Gana Papar

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Penumpang sebuah Perodua Aruz menemui ajal selepas bertembung dengan Proton Satria berhampiran SK Gana, di Jalan Kota Kinabalu – Papar sini petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, terdapat empat orang mangsa lelaki terlibat.

“Tiga orang mangsa berada di dalam kenderaan Perodua Arus…

“Dua orang mengalami kecederaan dan seorang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan dan diserahkan kepada pihak Polis,” katanya.

Difahamkan mangsa maut berusia 56 tahun manakala pemandu, 42, cedera parah dan seorang lagi penumpang dalam kenderaan terbabit, 31.

Pemandu Proton Satria berusia 25 tahun hanya cedera ringan.

“Semua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan parah telah dihantar ke Hospital berdekatan menggunakan Ambulans. 

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.58 pm,” kata sumber.