Lelaki Didakwa Tikam Bapa Saudara Hingga Maut 

Lelaki Didakwa Tikam Bapa Saudara Hingga Maut 

0
SHARE

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa membunub bapa saudaranya di Kampung Haji Baki, Padawan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, ACP Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, suspek dikatakan telah menikam mangsa yang berusia 55 tahun.   

“Mangsa yang ditikam dibahagian dada dengan menggunakan objek tajam telah maut ditempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

ACP Mohd Irwan turut mengesahkan perintah reman telah diperolehi dari Mahkamah Kuching pada jam 9 pagi ini bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Kita berjaya memberkas suspek sekitar jam 8.30 malam, semalam yang bersembunyi tidak jauh dari tempat kejadian.

“Siasatan awal juga mendapati suspek sebelum itu bertikam lidah dengan mangsa sebelum didakwa bertindak menyerang mangsa dengan sebilah gunting.

“Polis juga akan menyiasat samada terdapat pengaruh alkohol dan dadah dalam badan suspek,” tambahnya.

Kes kini disiasat dibawah seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.