KOTA KINABALU, SABAH – Polis daerah ini menahan EMPAT(4) individu dalam siri ketiga Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang berlangsung awal pagi tadi.
ENAM (6) kawasan panas (hotspot) jenayah diserbu dalam operasi yang berlangsung selama empat jam bermula pada pukul 1 pagi.
Antara kawasan tersebut adalah Kepayan Ridge, Kampung Likas, Kingfisher, Pekan Telipok, rumah kedai Taman Cantik dan Taman Kuala Menggatal.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu merangkap ketua operasi, ACP Zaidi Abdullah berkata seramai 72 anggota polis pelbagai pangkat terlibat.


“Operasi dijalankan bagi mencegah jenayah dan mengekang mengekang pergerakan individu dan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah di kawasan lokasi hotspot…
“Anggota dibahagikan kepada enam (6) kumpulan termasuk kumpulan ronda yang turut bertanggungjawab memantau lokasi berpotensi jenayah samundi enam (6) kawasan terbabit,” katanya.
Sejumlah 148 orang termasuk 15 wanita serta 91 kenderaan termasuk 18 buah motosikal turut diperiksa.

Dalam pada itu, 42 keping kompoun dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan manakala sebuah kereta dan motosikal disita.
“Tiga (3) individu ditahan berkaitan kes penyalahgunaan dadah di mana salah satu daripadaya mempunyai tiga (3) kes lampau jenis jenayah sama…
“Seorang suspek lagi ditahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki batu kerambit dan sebilah parang dalam kenderaan,” jelasnya.






