KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Politik (BiroPol) Negeri 2024 -2025 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata keputusan itu selaras dengan keputusan mengekalkan kepimpinan Christina untuk terus menerajui kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Sabah sebagai Pengerusi Negeri.
“Pelantikan ini untuk terus memperkukuhkan dan melancarkan gerak kerja organisasi parti.
“Ia adalah proses untuk melengkapkan struktur organisasi parti yang melibatkan secara seimbang dan menyeluruh dari
kalangan wakil cabang dari pelbagai kaum dan agama.
“Ini menunjukkan PKR kini telah pun bersedia menghadapi pilihanraya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dengan barisan kepimpinan yang baharu,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Dalam pada itu, Mustapha turut menyatakan dasa dukacita atas musibah bencana banjir yang melanda beberapa kawasan terutama Penampang, Putatan dan Sepanggar minggu lalu.
“Jentera parti telah digerakkan untuk membantu dan memberi sumbangan mengikut keperluan,” tambahnya.