AMERIKA SYARIKAT – Terlalu taksub dengan adiwira (Super-Hero) ‘Mercury’ dalam filem Marvel X-Men membuatkan seorang remaja lelaki bertindak menyuntik dirinya dengan merkuri (raksa) dalam usaha untuk memberikan dirinya kuasa yang besar.
Namun, disebaliknya yang berlaku kepada remaja berusia 15 tahun itu apabila muncul bisul pada lengannya yang menyakitkan serta sukar untuk sembuh.
Ladbible.com turut melaporkan bahawa remaja itu pernah membiarkan labah-labah menggigitnya dengan harapan dia dapat menjadi seperti ‘Spider-Man’.
Kes yang tidak ‘normal’ itu direkodkan dalam sebuah laporan di Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi (NCBI) yang mana memperincikan kecederaan yang ditinggalkan oleh anak muda yang tidak disebutkan namanya setelah dia sengaja menyuntik merkuri ke dalam tubuhnya.
Laporan itu menyatakan bahawa kanak-kanak itu mengunjungi pusat trauma di India dengan ‘banyak ulser (seakan bisul) yang tidak sembuh di lengan bawah’ dan ‘dua bulan trauma selepas terkena oleh objek tajam’.
Pegawai perubatan mengesyaki bahawa penyalahgunaan bahan itu mungkin menjadi faktor sehingga remaja itu terpaksa melakukan penilaian psikiatri. Pada tahap ini, anak muda itu mengungkapkan bahawa dia sengaja menyuntikkan dirinya dengan merkuri yang dia berjaya keluarkan daripada termometer sebanyak tiga kali.
Laporan itu turut memaklumkan bahawa budak lelaki itu terlalu teruja dan tindakannya diilhamkan oleh adiwira filem Marvel ‘Mercury’, dan juga menyebut sebuah filem berjudul ‘X-Men Wolverine ‘ (kemungkinan besar merujuk kepada X-Men Origins: Wolverine 2009).
Dalam laporan itu juga, remaja berkenaan turut memaklumkan: “Menariknya, dia memiliki sejarah masa lalu beberapa gigitan oleh labah-labah untuk mensimulasikan Spider-Man.
“Anehnya, dia tidak mempunyai masalah psikiatri lain dan mempunyai IQ normal.”
Setakat ini, para doktor hanya dapat melakukan pemeriksaan toksikologi iaitu untuk memeriksa tahap merkuri dalam darah remaja.
Doktor memaklumkan remaja lelaki itu beruntung kerana dia hanya menyuntikkan merkuri tepat di bawah kulit (atau secara subkutan, jika anda mahu menggunakan perkataan mewah).
Remaja itu akan sembuh dengan baik setelah menjalani pembedahan kecil untuk memisahkan lapisan kulit yang tercemar akibat merkuri itu.
Penulis laporan tersebut mengatakan bahawa pesakit setakat ini dipantau berhubung sebarang tanda-tanda keracunan merkuri tetapi dalam pemeriksaan berikutnya didapati baik-baik sahaja.
“Pesakit tidak mengalami tanda-tanda klinikal keracunan kronik, membuktikan bahawa suntikan merkuri subkutan mempunyai risiko keracunan sistemik yang rendah, dan histopatologi memainkan peranan penting dalam diagnosis…
Tidak boleh dikatakan… tetapi jangan mencuba ini di rumah, anak-anak,” kata laporan itu sambil menasihati para anak remaja.