ZIYAD PECAH REKOD DUNIA, HADIAHKAN MALAYSIA PINGAT EMAS SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2021

ZIYAD PECAH REKOD DUNIA, HADIAHKAN MALAYSIA PINGAT EMAS SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2021

0
SHARE
Muhammad Ziyad Zolkefli...

KUALA LUMPUR – Atlet lontar Jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila meraih pingat emas yang kedua buat Malaysia dalam acara lontar peluru F20 pada Temasya Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Lebih manis pada pingat emas yang dimenangi atlet berusia 31 itu kali ini adalah apabila dia berada dalam kelas tersendiri selepas memecahkan rekod dunia miliknya hanya pada lontaran pertama apabila mencatat 17.31 meter (m).

Walaupun pada satu ketika, atlet dari Ukraine, Maksym Koval memberi saingan apabila memecahkan rekod Ziyad dengan catatan 17.34m untuk ‘menolak’ sementara Ziyad di kedudukan kedua.

Namun, Ziyad dengan semangat juang yang tinggi enggan membiarkan catatan pingat emas yang dimenanginya di Rio terlepas kepada orang lain apabila dia berjaya melakukan 17.94m pada lontaran ketiga.

Muhammad Ziyad Zolkefli…

Kejayaan itu membolehkan ‘Super Ziyad’ mencetus sensasi – berjaya mempertahankan emas, menjadi pemilik rekod dunia F20 dan mengatasi catatan atlet normal, Adi Aliffudin Hussin yang memegang rekod kebangsaan dengan 17.54 meter serta meleburkan rekod Sukan SEA (17.74m).

Malah, dia muncul sebagai atlet pertama negara memenangi emas dalam dua temasya Paralimpik berturut-turut sekali gus menepati sasaran yang diletakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke atas dirinya.

Kejayaan ini juga akan pasti dikenangnya sepanjang hayatnya kerana berjaya beroleh pingat emas tersebut pada tanggal Hari Kebangsaan, 31 Ogos.