Rizky Bakal Ke Malaysia Untuk Konsert Berona Day

Rizky Bakal Ke Malaysia Untuk Konsert Berona Day

0
SHARE
Rizky
Sekitar sidang media konsert Berona Day Rizky Febian ( Sumber Foto: Ihsan Hitman Solutions )

KUALA LUMPUR –  Bintang popular Indonesia, Rizky Febian kembali ke Malaysia untuk konsert album jelajah Berona Day pada 3 November ini bertempat di Megastar Arena anjuran Hitman Solutions.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia dan pernah juga menjadi sebahagian dari sebuah konsert antarabangsa pada Julai tahun ini,” jelas pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

Beliau tampil dengan single sulung berjudul ‘Kesempurnaan Cinta’ yang berjaya melonjakkan namanya sebagai salah satu penyanyi ‘papan atas’ Indonesia.

Terkini, Rizky baharu sahaja melancarkan album keduanya berjudul ‘Berona’ pada 21 Julai lalu, katanya, “Album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi

“Team dari RFAS Music sudah pun mempersoalkan segala rangka promosi pada September ini, dan juga menjelang malam konsert nanti,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, Rohit Ramp berkata Rizky mempunyai pengaruh kuat dikalangan penggemar muzik tempatan dan merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu.

“Dengan itu, kami tidak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya. 

“Kami juga akan teruskan penjelajahan ini ke negara singa, pada tahun 2024 sebagai penganjur untuk Berona Day Rizky Febian Singapura.

“Sebagai promoter konsert, kami ingin setiap konsert itu bermakna buat peminat-peminat. Oleh itu, kami memberikan harga tiket yang berpatutan dan mampu beli kepada semua.” katanya.

Tiket akan dijual mulai 7 September 2023 pada jam 12 tengah hari di www.hitmanlive.com dengan tiket kategori – Romansa (Free Standing) RM 179, Terpesona (Normal Seating) RM 199 dan Super Rizfelous (VIP Standing) berharga RM399.