Sabah Belum ‘Merdeka’ Dari Wabak COVID-19 Selepas Catat 2,594 Kes Baharu Hari...

Sabah Belum ‘Merdeka’ Dari Wabak COVID-19 Selepas Catat 2,594 Kes Baharu Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan 2,594 KES baharu positif COVID-19 pada tarikh Hari Kebangsaan Malaysia iaitu kenaikan 284 kes berbanding hari sebelumnya.

Jurcakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata bahawa negeri ini khususnya belum ‘merdeka’ dari wabak tersebut malah masih tengah berperang dengan virus berkenaan.

“Jumlah kes di Daerah Papar naik mendadak kepada 264 kes daripada 49 kes sahaja kelmarin…

“Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing-masing menambah 31 kes,” jelas beliau.

Daerah Tuaran bagaimanapun turun 103 kes, Kota Belud turun 22 kes dan Kinabatangan turun 24 kes.

“Walaupun saringan kontak rapat masih penyumbang utama kepada kes harian baharu (1,573 kes atau 60.6% hari ini), tetapi jumlah yang diperolehi dpd saringan bergejala naik kepada 787 kes berbanding 680 kes kelmarin…

“Kes dalam kategori ini adalah dianggap kes sporadik di mana pembawa atau punca virus sukar dikenal pasti mahupun tempat di mana dijangkiti. Ianya juga petanda bahawa virus sudah pun berada dalam komuniti kita.

“Kes sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta amalan penjagaan kesihatan diri yang tidak sempurna,” tegasnya.

Menurut Masidi, peratusan kes daripada kategori ini agak tinggi di beberapa daerah.

“Kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau menunjukkan 44.6 (peratus), Penampang 41.4, Putatan 38.5 dan Kota Kinabalu 31.9…

“Daripada 2594 kes hari ini, 1938 (74.7%) pesakit adalah dalam Kategori 2 dan 12 pesakit dalam Kategori 5 (kritikal),” katanya.

Dalam pada itu, Sabah sedang menghampiri angka 40 peratus (40%)  jumlah penduduk dewasa yang telah melengkapkan dos vaksinasi.

Beliau menjelaskan bahawa setakat jam 3 petang hari ini, seramai 39 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi dos vaksin yg lengkap dan 58.4 peratus telahpun mengambil satu dos vaksin.

Sementara itu, DUA (2) kluster baharu lagi dikesan iaitu Kluster Sawit Jeroco di Lahad Datu dengan 57 kes dan Kluster Nasakot di Ranau dengan 31 kes.

Dalam pada itu, 19,268 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (31 Ogos) menunjukkan Sabah masih kekal menjadi negeri KEDUA TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 4,371 kes baharu positif COVID-19.

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (31 Ogos 2021) sebanyak 4,371 KES daripada keseluruhan 20,897 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (31 Ogos) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 567 (536)
Sandakan – 320 (252)
Penampang – 268 ( 237)
Papar – 264 ( 49)
Tawau – 168 ( 148)
Tuaran – 156 (259)
Keningau – 138 (113)
Lahad Datu – 95 (80)
Kota Marudu – 81 (95)
Putatan – 81 (44)
Kota Belud – 76 (98)
Tenom – 49 ( 47)
Ranau – 41 (37)
Beaufort – 41 (25)
Telupid – 33 (42)
Nabawan – 30 (40)
Kinabatangan – 26 (50)
Pitas – 25 (21)
Kudat – 24 (16)
Kunak – 22 (8)
Beluran – 21 (19)
Sipitang – 20 (38)
Kalabakan 13 (14)
Tambunan – 10 (6)
Kuala Penyu – 10 (11)
Semporna – 8 (10)
Tongod – 7 (15)