Pemandu Kereta Maut Bertembung Sebuah Van Di Lahad Datu

Pemandu Kereta Maut Bertembung Sebuah Van Di Lahad Datu

0
SHARE
Pegawai penyiasat trafik PDRM turut hadir di tempat kejadian...(Sumber Foto: Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah)

LAHAD DATU, SABAH – Seorang pemandu kereta Proton Saga FLX maut selepas bertembung dengan sebuah van Toyota Hiace dalam kemalangan arah bertentangan di Jalan Silam, Batu 9 sini hari ini.

Sementara itu, pihak bomba yang bertugas melaporkan pemandu van tersebut hilang dari kawasan kejadian.

Komander operasi kejadian 10 pagi terbabit, Ketua Balai Bomba Daerah Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata mangsa maut, Yusmin Yusof, 37, seorang kakitangan Jabatan Veterinar Kunak.

Beliau berkata kepatahan pada kedua belah tangan dan kaki mangsa jelas dilihat.

Ketua Balai Bomba Lahad Datu PPgB Sumsoa Rashid…

“Mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta dan berjaya dikeluarkan seterusnya diserahkan kepada pihak polis…

“Seorang mangsa wanita, 35, penumpang di bahagian hadapan van terbabit turut cedera.

“Manakala dua orang kanak-kanak berumur tiga (3) dan enam (6) tahun dalam kereta Proton tidak cedera tetapi dihantar ke hospital oleh orang awam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya semasa dihubungi.

Menurut beliau, seramai lapan (8) anggota pasukan bomba pelbagai pangkat telah bertindak menyelamatkan dan merawat mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada ambulans.

Sumber Foto: Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah…

Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.39 pagi tadi selepas memastikan tiada lagi punca merbahaya kepada pemandu lain di sekitar kawasan kemalangan tersebut.