China Atasi AS Sebagai Negara Paling Kaya Di Dunia

China Atasi AS Sebagai Negara Paling Kaya Di Dunia

0
SHARE

AMERIKA SYARIKAT – Negara China menjadi negara paling kaya di dunia ketika ini yang mana telah mengatasi Amerika Syarikat (AS), demikian menurut satu laporan penyelidikan terbaharu yang dikeluarkan baru-baru ini.

Syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co dalam hasil penyelidikan mereka berkenaan  mendapati anggaran kekayaan China meningkat daripada AS$7 trilion (RM29.27 trilion) pada tahun 2000 kepada AS$120 trilion (RM501.78 trilion) pada tahun 2020.

Data daripada syarikat berkenaan mendedahkan, sejak 20 tahun lalu China mewakili hampir satu pertiga daripada peningkatan kekayaan dunia.

Peningkatan itu mengatasi AS yang mencatatkan nilai kekayaannya meningkat lebih dua kali ganda kepada AS$90 trilion (RM376.43 trilion).

Namun, AS gagal untuk mengatasi China disebabkan tiada lonjakan harga di pasaran hartanahnya.

Untuk rekod, data berkenaan dikumpulkan dari tahun 2000 hingga 2020.

China hanya menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001, sekali gus menyebabkan lonjakan kekayaannya.

Menurut penyelidikan itu, kekayaan dunia sudah meningkat tiga kali ganda sejak dua dekat lalu dari kira-kira AS$156 trilion (RM652.47 trilion) pada tahun 2000 kepada kira-kira AS$514 trilion (RM2,149 trilion) pada tahun 2020.