ATM Komited Realisasikan Hasrat Kerajaan Negeri Sabah Capai Imuniti Kelompok

ATM Komited Realisasikan Hasrat Kerajaan Negeri Sabah Capai Imuniti Kelompok

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Berlanjutan kejayaan Program Imunisasi di beberapa kawasan di pedalaman Sabah, Combat Medic Vaccination Team (CMVT) 5 Divisyen diteruskan lagi di kawasan pedalaman bahagian Tongod.

Sekolah Kebangsaan Kampung Inarad, Tongod menjadi pusat pemberian vaksin pada 2 dan 3 September lalu.

Sel perhubungan raya Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia berkata Tim Perubatan CMVT berkekuatkan seramai 4 Pegawai dan 9 anggota paramedik daripada Briged Ke-13 Infantri (13 Briged) diaturgerak dengan mensasarkan seramai 1,200 penerima vaksin jenis CanSino.

“Tim ACMVT ini turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tongod serta beberapa agensi awam turut terlibat bagi memastikan proses vaksinasi dapat berjalan dengan lancar…

“Sejak mula dilaksanakan pada Jun lalu, program tersebut berjaya memberikan vaksinasi kepada lebih 2,407 penduduk di kawasan pedalaman yang melibatkan tiga lokasi vaksinasi di kawasan pedalaman sebelum ini antaranya di Kg. Long Pasia Sipitang, Kg Luasong dan Kg Serudong Laut Kalabakan Tawau.

“Usaha yang dilaksanakan oleh tim CMVT ini merupakan iltizam bagi membantu kerajaan Malaysia dalam merealisasikan imuniti kelompok bagi mencapai 80% vaksinasi yang disasarkan terutamanya di negeri Sabah,” katanya.

Turut hadir menyaksikan program vaksinasi tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah dan sumbangan turut disampaikan kepada para pelajar Sk Inarad Tongod daripada wakil Panglima 13 Briged.

Menurut sumber itu, Program ini selari dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.