VIDEO TULAR MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, SATU MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

VIDEO TULAR MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, SATU MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar kenderaan jenis Perodua MyVi berwarna putih dari dasar sungai Kampung Sinulihan, Jalan Dambai di Inanam sini hari ini dan menemukan satu mayat pada bahagian ruangan penumpang kenderaan itu.

Mayat dipercayai penumpang kenderaan, Juning Maturun, 37, turut berada dalam kenderaaan yang cuba merentas jambatan di Jalan Kiansom bersama pemandu, Simon Sanga Tupe, 68 kelmarin petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan kenderaan jenis Myvi berwarna putih dipandu mereda jalan yang dinaiki air sungai telah ditolak dan di bawa arus deras banjir…

Namun, mereka dihanyutkan air deras anak sungai ekoran hujan kuat dalam insiden kira-kira pukul 5 petang kelmarin (3 Sept).

Pasukan Bomba Sabah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 6.45 petang dan meneruskannya pada pukul 7.20 pagi hari ini dan menemui kenderaan terbabit kira-kira 200 meter dari lokasi dilaporkan hanyut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi sebelum perkembangan ini berkata, pasukan selam bomba dapat memegang bahu mangsa dan kepala mangsa tapi sukar untuk dibawa keluar.

Timbunan pasir pada dasar sungai menyukarkan usaha menarik kenderaan keluar, namun difahamkan sebuah syarikat pembinaan yang berhampiran meminjamkan jentera penggali (Excavator) bagi membantu operasi menyelamat itu.

Jentera pengorek (Excavator) digunakan bagi membantu misi menyelamat…

Keadaan kenderaan MYVI yang dibawa keluar daripada sungai…

Anak mangsa, Joseph, 34, turut berada di lokasi pencarian pagi tadi.

Joseph (tengah), anak kepada mangsa kenderaan jenis Perodua MYVI yang hanyut di bawa arus deras anak sungai kelmarin…

Beliau dikejutkan dengan berita itu oleh adiknya dan terus bergerak ke lokasi berkenaan dalam keadaan masih hujan dan bagi mencari ayahnya bersama agensi penyelamat lain serta orang kampung sehingga keesokan hari (hari ini).

Ketika operasi menyelemat sedang dilakukan, hujan mula turun renyai kira-kira 10 minit sebelum kenderaan itu berjaya dikeluarkan sepenuhnya pada jam 11 pagi tadi.

Ketika ini, misi pencarian dan menyelamat mangsa kedua iaitu pemandu Simon Sanga Tupe, 68, masih lagi giat dilakukan di kawasan penemuan kenderaan berkenaan.